Miri – Sesi Kemasukkan pengambilan mei pelajar baru bagi Kolej IBS pada tahun 2018 adalah satu pencapaian yang sangat mengujakan di mana seramai 119 orang pelajar telah mendaftar bagi pelbagai program dari peringkat Sijil sehingga Ijazah Sarjana Muda.
Sesi orientasi telah diadakan selama 2 hari bagi pengurusan sesi suai kenal dan penerangan program mengikut jurusan masing-masing. Di kesempatan itu, Dr Antony Hii pengetua Kolej IBS Miri juga turut hadir bagi mengalu-alukan kedatangan para pelajar di samping itu beliau juga menyatakan amanat beliau kepada para pelajar agar terus cemerlang dalam jurusan yang dipilih dan pelajar juga harus menyeimbangkan akademik dan kokurikulum agar dapat menjadi pelajar yang aktif bukan dari segi akademik tetapi juga aktif dalam persatuan,dan kelab permainan dalam Kolej. Tuntasnya sebagai sebuah Kolej yang mendapat penarafan 6 bintang MyQuest oleh kementerian pengajian tinggi para pelajar juga turut berbangga berkongsi kejayaan yang dikecapi oleh pihak Kolej.
Sesi kemasukkan julai dan September sedang terbuka dan bagi lepasan SPM, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda. Kolej IBS juga menawarkan pengajian peringkat Master bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda. Program Master inimerupakankerjasama di antara Kolej IBS dan Universiti Malaysia Sarawak. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi kami di atas talian 085-438666, atau email info@ibs.edu.my dan lawati laman utama kami di www.ibs.edu.my.
Date : 18th Mei 2018